Thursday, December 25, 2008

AKU BUKAN MUSUH HARTA


Lirik lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' yang ditulis oleh bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin tiba-tiba menjadi kontroversi dan akhirnya diharamkan penyiaranya di RTM. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, tindakan RTM mengharamkan nyanyian kumpulan Kopratasa ini kerana liriknya tidak sesuai dan kasar

Namun stesen radio dan televisyen swasta yang lain tidak mengharamkan lagu ini.

Difahamkan sebelum lagu ini diharamkan, terdapat ura-ura untuk menjadikan lagu ini sebagai lagu kempen untuk membenteras rasuah.

Antara lain lirik lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' ialah "Ya telah kaya para pendusta, syarat mereka lupakan Yang Esa, harta rakyat semua disebat, harta awam semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan."

Menurut Dr Asri "lirik lagu ini bersifat umum dan untuk kesedaran semua pihak, tetapi mengapa ada yang rasa bersalah?

Cuba kita amati sendiri liriknya.

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/24/mstar_hiburan/20081223205624&sec=mstar_hiburan


Tuesday, December 16, 2008

SEJARAH SIGN BLOG

Blog ini didaftarkan dan dimulakan pada hari selasa 16 Disember 2008 jam 07.37 am dengan nama Blog EzyMinda. Link kepada blog ini ialah Blog shaldin, ezy tuisyen dan Web Ezy Sukses.