Oleh: BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ Seorang pemandu teksi menceritakan perihal penumpangnya yang terdiri daripada tiga orang dari Belanda, Amerika dan Kata penumpang berkenaan, negaranya mengeluarkan banyak rokok dan harganya tidak mahal, maka boleh ’enjoy’ menghisapnya. Pemandu teksi terpegun. Penumpang kedua pula membuang buah epal yang dijamahnya dengan sekali gigit sahaja dan pemandu teksi bertanya pula kenapa membazir. Kata si Mat salleh itu, di negaranya, epal bersepah-sepah dan memang begitulah caranya mereka memakan epal. Angin satu badan sipemandu teksi mendengar jawapannya. Belumpun sempat penumpang ketiga menunjukkan sebarang aksinya, pemandu teksi membuka pintu di sebelah penumpang dan lantas menerajangnya keluar. Kedua-dua penumpang dari Belanda dan Amerika itu terkejut dan tergamam lalu bertanya kenapa pula pemandu menolak penumpang dari Jawab sipemandu: “Di Malaysia, ada banyak pendatang seperti dia. Bukan semua yang kami perlukan.” Demikianlah gambaran betapa ramainya rakyat Oleh yang demikian, adalah sesuatu yang amat silap dan salah bagi segelintir rakyat Indonesia di Jakarta untuk menjadi ‘polis antarabangsa’ yang hanya bersenjatakan buluh runcing untuk mengusir rakyat Malaysia di Jakarta melalui proses ‘sweeping Malaysian’ Siapakah mereka yang mengadakan sekatan jalanraya dan meminta kad pengenalan diri (kartu) pengguna jalanraya yang disekat? Walaupun bilangan mereka yang terlibat kelihatan kecil, tetapi kesannya amat besar terhadap hubungan dua hala kedua-dua buah negara serumpun Malaysia-Indonesia. Peristiwa pahit itu mendorong Rakyat Pihak yang mengambil tindakan sendiri di Pendemonstrasi di Jakarta juga harus memikirkan rakan-rakan dan saudara mara mereka yang jumlahnya menjangkau angka jutaan yang sedang mencari sesuap nasi di Mereka tidak hanya bebas berniaga dan bekerja di Malah, ada sebahagian kegiataan mereka seperti berniaga yang telah ‘merompak’ peluang peniaga tempatan, tetapi mereka tidak pula diusir sewenang-wenangnya. Dahulu, pihak berkuasa Malaysia pernah menjalankan operasi pemutihan iaitu Ops Bersih. Di bawah operasi ini, mereka yang datang secara gelap dibenarkan pulang secara sah. Mereka juga boleh kembali ke negara ini secara sah. Yang mempunyai dokumen sah, dibenarkan terus menetap di sini. Di samping, mereka yang telah menetap lama di Malaysia dan diberikan kad pengenalan merah dibenarkan terus menjadi pemastautin tetap dan layak pula untuk ditimbangkan menjadi warganegara Malaysia yang sah. Rakyat Indonesia di Malaysia tidak setuju langsung dengan pendekatan ‘Sweeping Malaysian’ yang dilaksanakan di Jakarta. Secara rasminya ada kira-kira 1.8 juta rakyat Indonesia yang mencari rezeki dan ilmu di negara ini. Mereka telah melihat dan menyaksikan betapa hebatnya pertalian anak Malaysia membantu meringankan beban saudara serumpun setiap kali mereka di Indonesia dirundung malang. Peristiwa menyayat dan meruntun hati Tsunami besar yang melanda Acheh lima tahun lalu tentu menjadi ingatan pada semua. Orang Aceh yang ditimpa dugaan Allah itu pasti akan mengingati peristiwa itu sampai ke akhir hayat dan sejarahnya akan dikenang oleh anak beberapa generasi mereka kelak. Rakyat Malaysia tidak sekadar menyatakan simpati dan menghulur wang ringgit serta pakaian. Sebaliknya para sukarelawan yang prihatin berkunjung ke sana membawa ubat-ubatan, tenaga kerja kesihatan, pembangunan dan pembinaan semula mental dan emosi serta pelajaran di samping kepakaran membangunkan semula bandar besar itu. Begitu juga dengan Tabung Gempa Nusantara yang diisi oleh rakyat Malaysia bagi membantu mangsa gempa bumi anjuran Kumpulan Utusan Melayu dan Maybank untuk meringankan bebanan para mangsa di negara berkenaan. Bagi rakyat Indonesia yang normal, tentu tahu menilai pengorbanan dan mengerti erti keprihatinan serta salam perpaduan yang dihulurkan oleh warga Malaysia. Mereka juga pasti terasa serbasalah, malu dan kesal terhadap apa yang berlaku di Jakarta. Apa sangatlah hendak diperjuangkan mengenai tarian Pendet sehingga ada pihak yang sanggup merosakkan hubungan mesra sedia ada serta membuka peluang rakyat Indonesia di negara ini terdedah kepada pelbagai kemungkinan masalah, tanggapan dan tindakan negatif serta menjejajskan peluang untuk terus mencari rezeki dan ilmu di negara ini. Mereka pasti terasa dan terfikirkan, apa akan jadi sekiranya Malaysia juga melaksanakan ‘Ops Nyah''’ secara besar-besaran bagi menghantar pulang pendatang asing yang tidak diundang itu. Buat masa ini, Malaysia, seperti dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri tidak bermaksud untuk menghukum para pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dari Indonesia, Sebaliknya, mereka yang kini bertaburan di seluruh negara diminta berdaftar dengan Jabatan Imigresen bagi memudahkan proses penghantaran pulang. Jadi, bagi rakyat Indonesia, yang pastinya daif mengenai aspek hubungan dua hala dan kerjasama serantau wajib menilai kepentingan pendet dan kepentingan jutaan saudara-mara dan rakan taulan mereka yang memerah keringat di negara ini bagi sesuap nasi atau membina mahligai apabila pulang ke negara mereka kelak. Janganlah gara-gara tarian pendet, ada pihak yang pendek akalnya dan janganlah demi tarian dan kebudayaan, kelangsungan hidup serantau hendak dijudi dan dipertaruhkan.. Sebijak-bijak orang Kerinci, ada pihak berpendapat, orang kurang inci lebih bijak lagi…!-14/9/2009 Agenda Daily (14 September 2009) |
125 banduan fail petisyen dakwa didera warden penjara
-
PETALING JAYA - Seramai 125 banduan di sebuah penjara di utara tanah air
yang mendakwa diri mereka didera warden menandatangani petisyen menggesa
ker...
9 months ago