Saya hanya membaca berita diakhbar tentang kesah lembu-lembu korban yang membawa padah politik kepada Menteri Besar Selangor. Ketika ini kesah lembu-lembu korban ini masih belum mengenap dan pasti tidak akan mengenap untuk sementara waktu. Disini saya berani berkata bahawa pesta ‘korban di pagi hari raya haji’ yang sedang meresap dalam budaya Melayu ini tidak ada sangkut paut dengan ajaran agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhamad. Saya berani berkata demikian berasaskan penelitian dan pengkajian saya. Pada satu ketika dahulu - lembu, kerbau atau kambing amat jarang di korbankan di masjid di kampong saya. Mukim dan warga kampung saya bukanlah warga yang mewah. Jadi jika ada korban lembu di pagi raya maka kami bersyukur kerana ada si Polan yang panen padinya telah melimpah ruah. Atau harga getah telah melonjak naik. Lembu akan dikorban sesudah selesai sembahyang di pagi raya. Daging korban Raya Haji ini akan di agih-agihkan terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik – mereka yang amat jarang merasa nimat makan daging. Tetapi ini amat jarang berlaku. Dua tiga tahun sekali mungkin ada yang berkorban. Mungkin dua tiga tahun berikutnya langsung tidak ada. Sekarang ini lembu-lembu semakin banyak. Kita semakin di kelilingi oleh para lembu. Lembu-lembu ini kelihatan sama banyaknya dengan kemunculan kontrektor kelas F dari gerombolan United Malays National Organisation. Sehinggakan, di kebelakangan ini terutama di musim Raya Haji amat susah hendak kita bezakan yang mana lembu dan yang mana kontrektor kelas F. Akhirnya budaya melembu dan membawa lembu-lembu ke masjid ketika hari Raya Haji ini semakin tersebar luas. Saya ada terbaca dua tahun dahulu – ada sebuah masjid di Utara – telah menjadi masjid lembu kerana ada 150 ekor lembu yang berkumpul untuk di korbankan. Rasanya bertong-tong darah lembu mencurah-curah di sekitar masjid. Maka semakin ramailah warga yang mendapat rezki lembu. Kerana lembu-lembu ini telah semakin banyak dan dilihat tidak lagi istemewa maka ada pula lembu yang ingin menjadi unta. Binatang unta ini di sabitkan dengan Yang pelik tetapi benar - unta ini ialah unta-unta yang bukan penduduk asli dari bumi ibnu Saud. Unta ini telah didatangkan khusus dari benua Disini saya ingin nayatkan sekali lagi : tiadalah pekara yang paling bodoh untuk dilakukan melainkan meniru dan membuat apa yang telah dibuat oleh musuh kita. Dalam kesah lembu-lembu di Selangor ini rasa saya adalah paling tidak bijak jika kerajaan Pakatan Rakyat meneruskan budaya yang telah di teroka dan di kembangkan oleh musuh mereka. Musuh kerajaan Pakatan dalam konteks kerajaan Selangor ialah Barisan Nasional. Taiko gerombolan Barisan Nasional ialah United Malays National Organisation. Tetapi mereka buat-buat tidak sedar. Punca kemiskinan itu datang dari lembu-lembu ini juga. Lembu-lembu inilah yang merampok tanah rakyat. Lembu-lembu ini jugalah yang menjadi ‘kontrekor subcon’ yang membuat sekolah yang akhirnya runtuh rantah. Lembu-lembu ini juga yang membuat hospital yang tidak boleh diguna pakai. Lembu-lembu ini juga yang merembat duit rasuah dengan harga ‘mark-up’ yang tinggi terhadap apa sahaja kontrek dari kerajaan. Di pagi hari Raya Haji lembu-lembu ini menyucikan diri datang ke masjid dengan unta-untanya. Dalam pentabiran moden – dalam konteks Selangor dan Menyembelih lembu setahun akan dilihat sebagai propaganda kosong. Bukan daging lembu yang seharusnya di berikan oleh sebuah kerajaan moden seperti di Selangor. Memberi daging lembu untuk warga tidak akan menyelesaikan masaalah. Daging lembu ini mungkin hanya cukup untuk di buat rendang dan kurma untuk dua kali makan. Kehidupan warga lebih dari kari lembu atau rendang lembu. Memang tepat anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor wajib memiliki tanggung jawab sosial. Pada hemat saya memberi daging lembu bukan khidmat sosial. Khidmat sosial ialah memberi dana kepada lembaga-lembaga Ngo, badan-badan seni budaya, badan-badan amal dimana khidmat-khidmat sosial ini akan berterusan sepanjang tahun. Lebih tepat lagi sebuah kerajaan yang adil akan berusaha untuk mendidik warganya tentang cara dan teknik permiliharan lembu. Menyediakan kawasan-kawasan ragut untuk penternakan lembu. Bukan membuat kerja macam lembu tetapi melahirkan ladang-ladang lembu yang dapat terus menerus menyedikan bahan makanan. Sayugia diingati rakyat tidak hendak menjadi lembu. Rakyat juga tidak hendak pemimpin lembu. Rakyat juga tidak selesa jika Menteri Besar di kelilingi oleh lembu-lembu. Rakyat tidak hendak agihan daging lembu setahun sekali di pagi hari Raya Haji. Apa yang wajib di agihkan kepada rakyat ialah keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sesebuah pentabiran. Rakyat hendak kerajaan yang berkiblatkan kebajikan bukan kepada lembu. Jika ada susuk-susuk yang sedang berkeliaran menjadi lembu atau membawa towkay-towkay kontrek lembu - maka mereka ini wajib di korbankan. Inilah jenis lembu-lembu jika dikorbankan rakyat pasti akan bertepuk tangan gumbira. Korbankan mereka sekarang sebelum rakyat melembukan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Dipetik dari TUKAR TIUB: Rabu, 28 Januar, 2009. Sila Klik http://tukartiub.blogspot.com/ |
125 banduan fail petisyen dakwa didera warden penjara
-
PETALING JAYA - Seramai 125 banduan di sebuah penjara di utara tanah air
yang mendakwa diri mereka didera warden menandatangani petisyen menggesa
ker...
9 months ago