Ustaz Muhammad Abdullah
Al Amin
Kembara Universiti
Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
Seperti biasa, hari
pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat
sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib
dan Isyak di al-Aqsa. Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.
Mahmood, pemandu
pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu
sudut;
“Muhammad, mari sini”
katanya.
“Kenapa?” tanya saya agak
kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan
seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.
“Tinggal bersama kamu di
hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak
gembira mendengar berita itu.
“Tapi mereka rombongan
Kristian” kata Mahmood lagi.
“Ye ke, ah, di sinikan
banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.
“Sepanjang perjalanan
dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas
hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood
Menambah.
“Mereka tak tahu aku
Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di
satu sudut di bahagian tangga.
“Memang bukan Islam di
mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini
lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.
Perbualan malam pertama
itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari
Malaysia ini.
Selama berhari-hari kami
di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak
menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.
Tidak ada sepatah pun
bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui,
sama-sama dari Malaysia.
Ada juga kami ingin
menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.
Saya tidak tahu, apakah
tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan
Kristian yang mereka hadiri.
Saya tidak mengambil
perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan
menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di
Malaysia.
Mahmood memarahi saya…
“Apa dah jadi pada kamu
orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak
kamu?”
Apa yang mampu saya jawab
hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”
Jawapan yang sangat tidak
bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”
Ya, kurang rasa
sensitiviti….
Allah ingin menunjukkan
pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……
1 Disember 2012 jam 8.30
pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir
saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan
al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika
memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas
Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada
pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari
sebelumnya.
Seorang jemaah
menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam
bas ini.
Saya menatap kertas yang
diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan
jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak
seminggu lalu.
Tulisan itu berbunyi:
Decree For Malaysia
“We decree and declare
that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the
gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors
to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di
Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga
lalu.
Ketika di Malaysia, saya
selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu
keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada
mereka.
Lebih-lebih lagi, ada
sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta
ini.
Kalau ada orang yang cuba
bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.
Hal ini menjadikan ramai
orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli
politik yang punyai kepentingan.
Bagi pendakyah pula,
mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di
nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang
Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.
Ada beberapa perkara yang
saya ingin tekankan:-
1. Bagi pendakyah
Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak
berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas
akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau
kami mati di dalam usaha ini.
2. Malaysia bukan milik
orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana
harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa
muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan
mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.
3. Bagi umat Islam di
Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan
popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan,
kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang
sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang
untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.
4. Bagi sahabat-sahabat
dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan
mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah
kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf
seperti yang disebut dalam al-Quran.
5. Bagi semua
penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan
penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan
penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.
6. Bagi orang kaya,
tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah
sentiasa bersama anda sekelian.
7. Bagi sekelian yang
membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan
Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita?
Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua,
semoga Allah membantu usaha kita.
Semoga pendedahan ini
memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari,
yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan
yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari
agenda global orang kafir.
“Universiti Kehidupan
Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
6 Disember 2012 jam 1.15
pagi
No comments:
Post a Comment